Untuk BOOKMARK halaman portal ini, tekan CTRL+D
LAMAN UTAMA
forex trading Polls
KAMI TAHU DI MANA ANDA BERADA !!!
Sekolah Kebangsaan Kampong Pek mempunyai tiga buah bilik untuk mengakses maklumat. Bilik tersebut ialah Pusat Sumber Sekolah, Makmal Komputer Sekolah dan Pusat Akses Sekolah.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Guru Penyelaras : Pn.Suriani Bt. Yusof
Panorama Bilik
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampong Pek telah menyertai pertandingan Pusat Sumber Tercantik dan terbaik kategori sekolah rendah dan telah berjaya memenangi tempat pertama.Hadiah telah disampaikan oleh Tn.Hj.Ghazali B.Mustapha.
MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
Guru Penyelaras : Engku Mohd Ridzuan B.Tn.Yunus
Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Kampong Pek telah dibina pada tahun 2005 dan boleh diduduki pada awal tahun 2006 dilengkapi oleh pelbagai peralatan komputer berjenama Mimos. Pembekal utama peralatan komputer tersebut ialah syarikat Mimos Sdn.Bhd. Rangkaian Internet pula dibekalkan oleh syarikat GiTN Sdn.Bhd. dengan dibantu oleh syarikat tempatan yang dilantik oleh kerajaan untuk menguruskan perkakasan yang rosak dan bermasalah.
PUSAT AKSES SEKOLAH
Guru Penyelaras : En.Nusi B.Yusoff
Pusat Akses Sekolah diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal dunia teknologi maklumat kepada murid-murid seawal tahun satu persekolahan. Pusat Akses ini boleh digunakan oleh semua murid-murid dari tahun satu hingga enam
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Abu Hurairah r.a. maksudnya:
"Aku tinggalkan dua perkara untuk kamu yang menjadikan tidak sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya,iaitu kitabullah (Al Quran) dan sunah rasulNya"
(Riwayat Malik)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)
maksudnya:"Sekali-kali Allah tidak akan menerima sesuatu amalan yang di dalamnya terdapat sebesar biji sawi dari sifat riak"
(Riwayat Al-Mundziri)
maksudnya:"Barangsiapa yang menuntut ilmu maka hal itu merupakan kifarat (penebus) bagi dosa-dosa yang telah lalu"
(Riwayat Tarmizi)
PORTAL KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
JPN KELANTAN
Hak Cipta Terpelihara © 2009. Sekolah Kebangsaan Kampong Pek, 18500 Machang, Kelantan Darul Naim. Tel/Fax : 09-9752542
Emel: mail@skkp.edu.my
Paparan terbaik dengan resolusi 1024x768 pixels dan ke atas menggunakan Mozila Firefox