Untuk BOOKMARK halaman portal ini, tekan CTRL+D

PROFIL SEKOLAH
   
PENGURUSAN
   
KURIKULUM
   
HAL EHWAL MURID
     
KOKURIKULUM
     
JARINGAN
 
TARGET PELAJAR

UPSR 2010
21-23 September 2010

MASA ANDA HANYA TINGGAL

UNDIAN
DESTINASI ANDA
 

IP

KAMI TAHU DI MANA ANDA BERADA !!!

 

IKLAN
 

 

TERJEMAHAN DALAM TALIAN

 

BERITA

CERAMAH MOTIVASI DAN PENGURUSAN MASA

 

 

 

 

 

Ceramah motivasi kemahiran belajar dan pengurusan masa peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Februari 2009 (Ahad) bertempat di Dewan Gemilang SKKP yang bermula pada jam 9.00 pagi dengan kehadiran disertai oleh semua pelajar tahun 6 dan satu kelas dari tahun 5 Gemilang sahaja. Perasmian program dilakukan oleh YBrs.Pn.Hjh.Rohani Bt.Mustapha, Guru Besar SKKP.

Ceramah tersebut disampaikan oleh YBrs.Tn.Hj.Mohd Zarawi B.Mohd.Nor, Pensyarah kaunseling Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Kota Bharu (IPKB), Kelantan. Beliau mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang kaunseling pelajar di pelbagai institusi pengajian di Malaysia. Beliau ada menulis jurnal akademik yang bertajuk modal insan berkualiti: apakah peranan guru, jilid 13/2007 yang diterbitkan oleh IPKB.

Antara isi ceramah beliau kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009 dan pelajar Tahun 5 Gemilang ialah tentang pembelajaran berkesan 'Study Smart' yang perlu diamalkan oleh semua pelajar tidak kira peringkat umur atau tahap pengajian. Penekanan beliau lebih kepada pembelajaran berkesan di rumah serta teknik-teknik yang betul untuk mengulangkaji pelajaran samada dirumah dengan bantuan daripada ahli keluarga atau rakan-rakan sebaya.

Selain itu beliau juga memberitahu tentang pengurusan masa yang berkesan untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah. Penggunaan masa dan pembahagian masa yang baik penting bagi seseorang pelajar untuk mengelakkan berlakunya situasi ketegangan otak serta hilang tumpuan semasa proses pembelajaran sedang berlangsung di dalam kelas.

Beliau menyarankan kepada semua pelajar supaya tekun dalam membuat sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah dan tidak mudah putus asa. Kesungguhan dalam membuat sesuatu perkara yang berulangan akan sentiasa diingati dan dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sepanjang hayat.

Penceramah jemputan diberikan cenderamata di atas kesudian beliau untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar bakal UPSR tahun 2009. Cenderamata di sampaikan oleh YBrs. Guru Besar SKKP. Ceramah tersebut berakhir pada jam 11.30 pagi.

 

 

 

 

MUTIARA KATA / HADIS

Janganlah kamu mengkagumi amal seseorang,
sehingga kamu dapat menyaksikan
hasil akhir kerjanya

 

Orang tidak berilmu umpama
sampan tanpa pendayung

 

Musuh menikam kita dari depan,
tetapi kawan menikam kita dari belakang

 

Dunia adalah bayangan kematian

 

 
WAKTU SEKARANG

KALENDAR

CARIAN PANTAS
 
ANDA PELAWAT KE

Penafian Polisi   Peta Sekolah Hubungi