KULIAH ZOHOR BULANAN
Bermula pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Pek telah menganjurkan satu program amal yang bertujuan untuk memotivasikan diri, menambah keyakinan pada diri dan meningkatkan ketakwaan kepada yang Maha Esa. Program yang diberi nama Kuliah Zohor hanya terbuka kepada warga SKKP sahaja dan diadakan pada hari Rabu akhir setiap bulan.
Penceramah jemputan yang hadir pada sesi kuliah Zohor terdiri daripada Ustaz dan Ustazah Sekolah Pondok, Sekolah Agama, Sekolah Maahad dan Maktab Pengajian Islam. Turut dijemput untuk memeriahkan lagi Kuliah Zohor bulanan ialah dari Institut Perguruan Kota Bharu, Pensyarah Universiti Teknologi Mara Machang (UiTM), Pensyarah Politeknik Kota Bharu (PKB), dan Pensyarah Universiti Malaysia kelantan (UMK).
Sesi kuliah terbahagi kepada dua iaitu sesi pertama adalah sesi penerangan Hadis oleh Ustaz jemputan yang akan menerangkan secara ringkas tetapi penuh bermaklumat untuk makluman hadirin dan sesi kedua adalah sesi soal jawab antara Ustaz jemputan dan hadirin. Sesi soal jawab adalah bagi menambah kefahaman maksud Hadis yang diterangkan oleh Ustaz jemputan.
Melalui kuliah Zohor yang diadakan pada setiap bulan dapat memperlihatkan kepada warga SKKP betapa utuhnya kerjasama dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan kerajaan baik lelaki ataupun perempuan. Pendekatan yang diambil oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menganjurkan kuliah tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada pihak guru dan staf sokongan tetapi juga ibubapa dan para pelajar SKKP pada awal penganjuran kuliah.
Kuliah Zohor yang dijangja berterusan selama tempoh satu tahun bermula awal Februari 2009 akan berakhir pada januari 2010. Walaupun begitu, pihak pentadbiran sekolah telah bercadang untuk memasukkan Kuliah Zohor sebagai aktiviti bulanan di dalam takwim sekolah bermula tahun 2010.
|