Untuk BOOKMARK halaman portal ini, tekan CTRL+D

PROFIL SEKOLAH
   
PENGURUSAN
   
KURIKULUM
   
HAL EHWAL MURID
     
KOKURIKULUM
     
JARINGAN
 
TARGET PELAJAR

UPSR 2010
21-23 September 2010

MASA ANDA HANYA TINGGAL

UNDIAN
DESTINASI ANDA
 

IP

KAMI TAHU DI MANA ANDA BERADA !!!

 

IKLAN
 

 

TERJEMAHAN DALAM TALIAN

 

BERITA

KURSUS PENINGKATAN P & P GURU SAINS

 

 

 

 

Kursus Peningkatan Pengajaran & Pembelajaran Sains untuk guru-guru yang mengajar matapelajaran Sains di SKKP telah diadakan pada 21 Januari 2009 bertempat di bilik mesyuarat. Seramai 15 orang Guru Sains hadir ke kursus tersebut yang bermula pada jam 2.30 petang.

Penceramah jemputan yang datang di hari kursus tersebut ialah Pn.Moorni Bt.Mohamad dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) Kota Bharu,Kelantan. Beliau merupakan Guru Sains di SK Sultan Ismail (1) Kota Bharu dengan pengalaman mengajar lebih dari 12 tahun di pelbagai sekolah di seluruh Kelantan.

Di antara modul penting kursus tersebut ialah kaedah pengajaran matapelajaran Sains dan teknik menjawab kemahiran proses Sains. Beliau menekankan kepada semua guru Sains SKKP supaya menggunakan kaedah yang betul semasa proses P & P matapelajaran Sains. Aspek tersebut adalah sangat penting bagi memastikan para pelajar dapat memahami konsep Sains dengan cepat dan betul.

Selain itu, peserta kursus turut didedahkan dengan teknik menjawab kemahiran proses Sains. Teknik tersebut penting bagi memudahkan guru-guru Sains semasa proses P & P di Makmal Sains atau di dalam kelas. Soalan-Soalan dan persembahan berkumpulan yang berbentuk kemahiran proses Sains dilakukan kepada semua peserta kursus bagi menguji kefahaman peserta untuk mengaplikasikan teori dalam praktikal.

Kursus yang berlangsung selama dua jam berakhir pada jam 4.30 petang. Penceramah jemputan diberi cenderamata sebagai tanda penghargaan di atas kesudian beliau memberi taklimat semasa kursus tersebut.

 

 

 

 

 

 

MUTIARA KATA / HADIS

Janganlah kamu mengkagumi amal seseorang,
sehingga kamu dapat menyaksikan
hasil akhir kerjanya

 

Orang tidak berilmu umpama
sampan tanpa pendayung

 

Musuh menikam kita dari depan,
tetapi kawan menikam kita dari belakang

 

Dunia adalah bayangan kematian

 

 
WAKTU SEKARANG

KALENDAR

CARIAN PANTAS
 
ANDA PELAWAT KE

Penafian Polisi   Peta Sekolah Hubungi