Untuk BOOKMARK halaman portal ini, tekan CTRL+D

PROFIL SEKOLAH
   
PENGURUSAN
   
KURIKULUM
   
HAL EHWAL MURID
     
KOKURIKULUM
     
JARINGAN
 
TARGET PELAJAR

UPSR 2010
21-23 September 2010

MASA ANDA HANYA TINGGAL

UNDIAN


forex trading Polls

 

DESTINASI ANDA
 

IP

KAMI TAHU DI MANA ANDA BERADA !!!

 

IKLAN
 

 

TERJEMAHAN DALAM TALIAN

 

BERITA

MAJLIS MOTIVASI IBUBAPA/PELAJAR CALON UPSR 2009

 

 

 

 

Majlis motivasi ibubapa/pelajar calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009 telah diadakan pada 08 Januari 2009 bertempat di Dewan Gemilang SKKP dengan dirasmikan oleh YBrs.Pn.Hajah Rohani Bt. Mustapha selaku Guru Besar. Program tersebut dimulakan pada jam 2.30 petang dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd.Zaki B.Musa,guru J-Qaf SKKP.

Turut diundang ke majlis tersebut ialah Yang DiPertua Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG), Tengku Razali B.Yusof bagi memperkenalkan diri kepada ibubapa dan menyatakan sedikit sebanyak peranan PIBG dalam membantu pelajar menghadapi UPSR. Antara lain yang diucapkan pada ceramah beliau tersebut ialah perkara berbangkit dalam mesyuarat PIBG tahun 2008,sumbangan PIBG kepada sekolah dalam bentuk wang ringgit dan perkakasan serta peranan ibubapa terhadap anak-anak yang akan menghadapi UPSR.

Antara kandungan yang dimuatkan dalam program ceramah pada hari itu ialah ramah mesra bersama ibubapa pelajar calon UPSR 2009, kaunseling minda, dan proses pembelajaran yang berkesan dan efektif di rumah. Penceramah jemputan Tn.Hj.Taifor B.Mahyidin yang diundang khas dari SMK Hamzah 1,Machang kelantan, selaku kaunselor sekolah telah menyampaikan ceramah beliau dengan jayanya.

Tn.Hj.Taifor B.Mahyidin menekankan kepada semua ibubapa pelajar calon UPSR tahun 2009 supaya bijak menguruskan masa pembelajaran anak-anak semasa di rumah. Ini bagi memastikan pelajar tersebut mendapat masa rehat yang mencukupi dan tidak mengganggu proses pembelajaran semasa di sekolah. Tumpuan yang lebih semasa di dalam kelas amat penting kepada pelajar untuk memahami sesuatu matapelajaran yang diajar.

Jelasnya lagi bimbingan ibubapa semasa pembelajaran di rumah juga penting bagi mengelakkan situasi ketegangan otak pelajar. Apabila keadaan ini terjadi kepada seseorang pelajar maka akan berlaku gangguan tumpuan semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Hal ini turut akan memberi gangguan kepada pelajar lain.

Majlis bersurai pada jam 5.30 petang dengan sedikit jamuan ringan kepada tetamu jemputan. Para ibubapa pulang setelah minum petang di kantin sekolah.

 

 

 

MUTIARA KATA / HADIS

Janganlah kamu mengkagumi amal seseorang,
sehingga kamu dapat menyaksikan
hasil akhir kerjanya

 

Orang tidak berilmu umpama
sampan tanpa pendayung

 

Musuh menikam kita dari depan,
tetapi kawan menikam kita dari belakang

 

Dunia adalah bayangan kematian

 

 
WAKTU SEKARANG

KALENDAR

CARIAN PANTAS
 
ANDA PELAWAT KE

Penafian Polisi   Peta Sekolah Hubungi