PENYERAHAN
CEK TABUNG BADAN IHSAN
Bagi
menghargai jasa dan pengorbanan pemergian arwah
En.Mohamed Noor B.Abdullah ke rahmatullah pada
18/12/2008 yang lalu, satu majlis ringkas penyerahan
cek Tabung Badan Ihsan Guru Negeri Kelantan telah
diadakan di pejabat Guru Besar SKKP pada 6 Januari
2009 kepada balu arwah, Pn.Razana Bt.Yusoff.
Arwah En.Mohamed
Noor B.Abdullah ialah seorang guru dan telah mengajar
di beberapa buah sekolah di malaysia selama hampir
19 tahun. Perkhidmatan terakhir beliau ialah di
Sekolah Kebangsaan Kampong Pek (SKKP), Machang,
Kelantan sebagai guru kanan PPSMI. Sepanjang perkhidmatan
beliau di SKKP, beliau menjalankan tugas sebagai
seorang guru yang berdedikasi, berdisiplin, berinovasi
dan kreatif dan tegas terhadap pelaksanaan kerja.
Arwah meninggalkan seorang balu dan (3) tiga orang
anak yang masih kecil.
Penyerahan cek
yang bernilai RM 10,000 dilakukan oleh Tn.Haji
Nasir B.Yusoff, Pegawai Pendidikan Daerah Machang
(tiga dari kanan), Pn.Hajah Rohani Bt.Mustapha,
Guru Besar SKKP (dua dari kiri), En.Othman B.Daud
Penolong Kanan Pentadbiran (dua dari kanan), dan
En.Che Rashid B.Che Musa, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (paling kanan).
Pihak sekolah
dengan rasa prihatin mengucapkan takziah kepada
Pn.Razana Bt.Yusoff di atas pemergian suami tercinta.
Semoga roh arwah berada dalam keadaan aman dan
dicucuri rahmat hendak-Nya.Amin. AL-FATIHAH. |