PROGRAM
MARI MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH 2009
Sekolah Kebangsaan
Kampong Pek telah melancarkan satu program Mari
Membaca peringkat sekolah tahun 2009 yang telah
dirasmikan oleh YBrs.Pn.Hjh.Rohani Bt.Mustapha
di perkarangan tempat perhimpunan pada 21 januari
2009 jam 2.30 petang. Program tersebut diadakan
di Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan sasaran adalah
semua guru,staf sokongan dan pelajar SKKP.
Tema program
Mari membaca tersebut ialah "Buku adalah Sahabat
karib Sepanjang Masa" dipilih bagi membudayakan
membaca buku dalam kalangan guru, staf dan pelajar
SKKP. Semua guru, staf dan pelajar SKKP terlibat
secara langsung bagi menjayakan program tersebut.
Penyediaan bahan dilakukan oleh guru-guru dan dibantu
oleh staf dan pelajar SKKP.
Turut menjayakan
program tersebut ialah Perpustakaan Daerah Machang
dengan menyediakan bas Perpustakaan Bergerak ke
SKKP setiap hari sepanjang program Mari Membaca
tersebut. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang
program tersebut dan diantaranya ialah pembaca
buku di PSS dan bas Perpustakaan Bergerak paling
banyak, kuiz sejarah Malaysia, dan pertandingan
mencipta bersajak.
Program Mari membaca
akan berakhir pada 20 Februari 2009 dan akan diteruskan
pada tahun akan datang dengan tema yang lain. Walaupun
program tersebut hanya berlangsung selama satu
bulan sahaja tetapi budaya membaca tetap berterusan
kerana pembacaan berterusan akan melahirkan generasi
berpengetahuan luas dalam semua bidang. |