Untuk BOOKMARK halaman portal ini, tekan CTRL+D

PROFIL SEKOLAH
   
PENGURUSAN
   
KURIKULUM
   
HAL EHWAL MURID
     
KOKURIKULUM
     
JARINGAN
 
TARGET PELAJAR

UPSR 2010
21-23 September 2010

MASA ANDA HANYA TINGGAL

UNDIAN
DESTINASI ANDA
 

IP

KAMI TAHU DI MANA ANDA BERADA !!!

 

IKLAN
 

 

TERJEMAHAN DALAM TALIAN

BERITA

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2010

 

 

Tarikh : 16 Mei 2010

Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari

Tempat : Padang SKKP dan Dewan Gemilang SKKP

Perasmian : Pn.Hjh.Rohani Bt.Mustapha

 

Tanggal 16 Mei merupakan satu hari keramat bagi seluruh warga pendidik di tanah air Malaysia bagi menyambut Hari Guru samada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah mahupun peringkat sekolah. Sekolah Kebangsaan Kampong Pek tidak ketinggalan untuk turut sama menjayakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Dengan tema Hari Guru tahun 2010 "Guru Pembina Negara Bangsa" pihak sekolah hanya membuat sambutan secara sederhana tetapi meriah. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dimulai dengan bacaan ikrar Hari Guru, nyanyian Hari Guru 2010 dan sedikit ucapan perutusan daripada Pn.Hjh.Rohani Bt.Mustapha (Guru Besar SKKP).

Setelah selesai majlis formal tersebut, acara padang pun bermula. Acara Sukan pertama dimulai dengan permainan memasukkan air ke dalam botol. Acara tersebut disertai oleh semua guru dan dibahagikan kepada rumah sukan iaitu rumah merah (12), rumah biru (12), rumah kuning (12), rumah hijau (12) serta pasukan guru besar (12). Acara kedua ialah boling menggunakan buah kelapa tua. Permainan boling yang menggunakan botol air mineral dan buah kelapa tua sangat menarik kerana ianya sangat susah dilontar untuk botol mineral. Walaupun begitu, setiap ahli pasukan berasa gembira kerana dapat merasai sendiri pengalaman bermain boling menggunakan buah kelapa tua.

Acara seterusnya ialah meniup belon terbanyak dan memancing botol mineral. Acara meniup belon banyak menguji kesabaran peserta kerana meniup belon mestilah tidak pecah dan membesar mengikut saiz yang dikehendaki. Acara memancing botol mineral pula menguji kesabaran dan ketepatan mata kerana tali yang diikat dengan kayu kecil mestilah masuk ke dalam botol untuk mengangkat botol mineral tersebut. Pasukan yang dapat mengumpul belon mengikut saiz dikehendaki dan memancing botol mineral terbanyak di kira sebagai pemenang.

Selesai sudah acara padang, acara dewan dimulakan bertempat di Dewan Gemilang SKKP. Persembahan pelajar-pelajar dari tahun 3 - 6 menjadikan sambutan Hari Guru bertambah meriah disamping nyanyian dan deklamasi sajak daripada beberapa orang guru dan penolong kanan. Penyampaian hadiah diselang seli dengan persembahan daripada para pelajar dan guru. Majlis berakhir pada jam 1.00 tengah hari dan jamuan makan disediakan di kantin sekolah. Walaupun badan keletihan, tetapi kegembiraan jelas tergambar di wajah-wajah setiap guru selepas selesai majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2010.

 

Klik untuk melihat galeri gambar >>>

 

 

 

 

MUTIARA KATA / HADIS

Janganlah kamu mengkagumi amal seseorang,
sehingga kamu dapat menyaksikan
hasil akhir kerjanya

 

Orang tidak berilmu umpama
sampan tanpa pendayung

 

Musuh menikam kita dari depan,
tetapi kawan menikam kita dari belakang

 

Dunia adalah bayangan kematian

 

 
WAKTU SEKARANG

KALENDAR

CARIAN PANTAS
 
ANDA PELAWAT KE

Penafian Polisi   Peta Sekolah Hubungi