SAMBUTAN
MERDEKA
Majlis sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan
pada 28 Ogos 2008 bertempat di Dewan Gemilang SKKP
dengan dirasmikan oleh YBrs.Pn.Hajah Rohani Bt.Mustapha
selaku Guru Besar SKKP. Sambutan Hari Kemerdekaan
diadakan lebih awal bagi mengelakkan pertembungan
cuti umum pada hari Ahad.
Pelbagai progarm
yang menarik telah disajikan kepada semua yang
hadir. Antaranya ialah berbalas pantun antara guru,
deklamasi sajak kemerdekaan oleh murid-murid Tahun
Enam, bacaan puisi, dan persembahan dikir barat
kemerdekaan oleh murid-murid Tahun Enam.
Sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah telah disambut oleh
semua murid tahap 1 dan 2 termasuk murid PRA Sekolah,
guru-guru dan staf sokongan sekolah. Majlis dimulakan
pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00
pagi. Sedikit jamuan ringan disediakan oleh pengusaha
kantin sekolah. |