TAKLIMAT
PENGURUSAN & TADBIRAN PENGETUA/GURU BESAR
Satu
majlis pengurusan Pengetua/Guru Besar bagi Pejabat
Pelajaran Daerah Pasir Puteh /Machang (PPD PP/M)
telah diadakan di SKKP pada 3 Oktober 2008 bertempat
di tingkat tiga,
Blok Jupiter, Dewan Peperiksaan Utama.
Semua Pengetua/Guru Besar bagi daerah Pasir Puteh/Machang
atau wakil telah hadir untuk mendengar taklimat
tersebut yang disampaikan oleh YBrs.Tn.Hj.Zahari
B.Hj.Daud, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Rendah,
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.
Antara isi taklimat
yang disampaikan oleh beliau ialah
pengurusan kewangan sekolah, penjelasan isu yuran
tahunan sekolah, bayaran perlu oleh ibubapa kepada
sekolah, peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) kepada setiap sekolah dan guru ponteng dan
pecah amanah. Beliau menekankan kepada Pengetua/Guru
Besar yang baru menjawat jawatan tersebut agar
berhati-hati dalam melaksanakan pengurusan kewangan
sekolah supaya tidak disenarai hitam oleh Bahagian
Pengurusan Audit Negara.
Selain itu, beliau
turut menunjukkan tahap prestasi pengurusan sekolah
bagi PPD Pasir Puteh/Machang.Bagi kategori Sekolah
Rendah, yang mendapat tahap prestasi membanggakan
ialah Sekolah Kebangsaan Bandar,Pulai Chondong
dan Sekolah Kebangsaan Kampong Pek dengan purata
markah sebanyak 90%.
Tahniah diucapkan
kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong
Pek kerana telah berjaya menduduki carta lima terbaik
kategori pengurusan dan tadbiran sekolah rendah
untuk tahun 2008.
|