Untuk BOOKMARK halaman portal ini, tekan CTRL+D

PROFIL SEKOLAH
   
PENGURUSAN
   
KURIKULUM
   
HAL EHWAL MURID
     
KOKURIKULUM
     
JARINGAN
 
TARGET PELAJAR

UPSR 2010
21-23 September 2010

MASA ANDA HANYA TINGGAL

UNDIAN
DESTINASI ANDA
 

IP

KAMI TAHU DI MANA ANDA BERADA !!!

 

IKLAN
 

 

TERJEMAHAN DALAM TALIAN

SEJARAH SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Kampong Pek pada asalnya dibuka pada tahun 1928 dengan nama Sekolah Melayu Kampong Pek. Bangunan awal hanyalah beralaskan pelepah kayu dan berdindingkan buluh (sebagai atap). Guru Besar yang pertama ialah Tuan Syed Idris Bin Syed Habib.

Pada tahun 1970-an, sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina. Namun begitu sekolah ini masih menghadapi masalah kekurangan bilik darjah lantaran jumlah murid yang semakin meningkat. Maka pada tahun 1980-an dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia, bangunan kayu dan sekolah kilat telah dibina.

Pada tahun 2006, sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan baru yang siap pada tahun 2003. Pada masa ini Sekolah Kebangsaan kampong Pek (SKKP) mempunyai bilik darjah yang selesa, pusat sumber, bilik SAL, dan lain-lain kemudahan yang boleh membantu menigkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga tahun 2007, SKKP telah diterajui oleh 12 orang Guru Besar. Guru besar yang terkini menjadi peneraju utama SKKP ialah Puan Hajah Rohani Bt.Mustapha. Beliau mula ditugaskan di sekolah ini pada pertengahan tahun 2005.

Sehingga pada tahun 2007, jumlah murid yang berdaftar untuk Tahun Satu hingga Tahun Enam ialah seramai 913 orang dengan 26 buah kelas dan jumlah murid bagi kelas PRA Sekolah ialah seramai 100 orang dengan empat buah kelas. Bilangan guru yang ditugaskan di sekolah ini ialah seramai 55 orang dan kakitangan sokongan kerajaan ialah seramai 10 orang pelbagai jawatan.

Sehingga kini SKKP telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya ialah :-

1. Anugerah Guru Lestari Berkumpulan bagi Program Bahasa Inggeris - Master Vocab (2001)

2. Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Rendah Luar Bandar -Johan (2002)


HARAPAN

Semoga SKKP akan terus maju dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang diingini oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

 

 

 

MUTIARA KATA / HADIS

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:"Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan"

(Riwayat Bukhari)


Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:"Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"

(Riwayat Bukhari)

 


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:"Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan"

(Petikan kitab Imam Ghazali)


Dari Abu Dzar r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan 'Hai Kafir', padahal yang dipanggil itu tidak sedemikian, maka akan kembali kepada diri sipemanggil itu sendiri"

(Riwayat Bukhari & Muslim)

 

 

 
WAKTU SEKARANG

KALENDAR

CARIAN PANTAS
 
ANDA PELAWAT KE

Penafian Polisi   Peta Sekolah Hubungi